Sunday, 31 July 2011

Nukilan Sahabat

Layarkanlah impian doamu,
Sesungguhnya aku masih mengingatimu,
Sebagai kawan, rakan, dan teman,
Semoga kita diberkati Allah,
Ku doakan… Ya Allah… Kepadamu… Ya Allah,
Agar bahagia… Di dunia dan akhirat…
Di dunia dan akhirat… ~Korus Lagu Sahabat, Amar~


Sahabat suatu perkara yang tidak mungkin kita lupakan...
Suatu perkataan yang menggambarkan betapa pentingnya hubungan persahabatan…
Teman untuk bersuka ria boleh dicari di mana sahaja…
Teman sepermainan boleh dicari di merata tempat…
Namun sahabat sukar dicari…
Mencari seorang sahabat ibarat mencari sebutir pasir di tengah lautan…
Sahabat adalah teman seperjuangan, teman suka dan duka serta teman di kala senang dan susah…
Sahabat ibarat seperti isi dan kuku…
Hargailah sahabat anda kerana sahabat sukar dicari…
Yang patah tumbuh, yang hilang mungkin sukar dicari ganti…
Terima kasih sahabatku…

No comments:

Post a Comment

...Celoteh...